Saturday, December 25, 2010

Success is a j0urney..n0t destinati0n..

Seringkali orang beranggapan kejayaan itu akan di capai apabila sudah berada di puncak. Dengan anggapan begini orang yang berada di bawah sentiasa diselubungi dengan perasaan gagal..gagal kerana belum sampai di puncak. Sedangkan kejayaan itu mempunyai definisi yang jauh berbeza. Kejayaan dicapai dalam hidup kita seharian, jika hari ini lebih baik dari semalam maka itu juga boleh dikatakan kejayaan. Menganggap berada di puncak adalah kejayaan boleh membuatkan manusia buta hati. Sikap tamak pada harta dunia akan menguasai diri, hingga lupa pada bekalan yang harus di isi.. Hidup adalah perjuangan..hidup adalah satu perjalanan..dalam perjalanan inilah kita harus berjuang, melawan nafsu dan menggunakan kebijaksanaan akal untuk berfikir untuk memilih jalan yang benar. Jangan jadikan kejayaan sebagai suatu beban hingga terlupa untuk menikmatii hidup yang singkat ini. 251210-7.17pm-

No comments:

Post a Comment